top of page

Program GADIS, kunci pendayaan pelajar perempuan wajar diperluas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21
  • 1 min read

Fadhlina berucap di Program Citra Gadis Unggul (GADIS) yang dicadang diperluas ke seluruh negara
Fadhlina berucap di Program Citra Gadis Unggul (GADIS) yang dicadang diperluas ke seluruh negara

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mencadangkan agar Program Citra Gadis Unggul (GADIS) diperluas ke seluruh negara sebagai satu usaha berterusan memperkasa pelajar perempuan, khususnya dalam aspek pendidikan, kesedaran kendiri dan pembangunan potensi diri.


Jelas beliau, pendayaan anak-anak perempuan perlu dimulakan sejak awal bagi memastikan mereka mampu berkembang menjadi insan holistik dan cemerlang dalam pelbagai bidang.


"Itu antara tumpuan utama kami sekarang — memberikan kesedaran kepada pelajar perempuan mengenai hak mereka untuk mendapat peluang pendidikan terbaik serta mencapai impian dalam kehidupan.


"Sebagai seorang yang pernah bergiat aktif dalam gerakan aktivisme, saya kini membawa agenda GADIS ke dalam kementerian sebagai satu usaha konkrit.


"Pendidikan adalah kunci sebenar untuk mengubah masa hadapan anak-anak kita," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, Fadhlina menghadiri program GADIS di Sekolah Menengah Kebangsaan Salaping, Kota Marudu yang dianjurkan bersama rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program tersebut turut menampilkan sesi pendidikan kesihatan reproduktif dan kesihatan mental yang disampaikan kepada pelajar dalam suasana interaktif dan mesra remaja.


Fadhlina menegaskan, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membina generasi MADANI yang seimbang dari segi akademik, emosi dan jati diri.


"Kita tidak boleh hanya bercakap mengenai kemajuan tanpa memastikan anak-anak perempuan turut dibekalkan dengan kekuatan ilmu, keyakinan dan ruang untuk menyinar," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page