top of page

Program edaran kari ayam taut persaudaraan di Lembah Jaya



Program edaran kari ayam kepada warga DUN Lembah Jaya pada bulan Ramadan ini diharap akan lebih mempererat persaudaraan dan mentautkan hati dalam kalangan umat Islam setempat.


Program yang diperkenalkan oleh Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (gambar, berbaju hijau gelap) merupakan salah satu program yang menghadirkan kesempatan bagi masyarakat merasai rezeki bersama di bulan Ramadan.


"Kami berkongsi rezeki melalui program edaran kari ayam ini dan membawa bersama-sama rakan-rakan dari berbagai lapisan masyarakat sepanjang bulan mulia ini," kata Syed Ahmad.


Program yang disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bertempat di Dewan Sri Watan, Lembah Jaya semalam dihadiri oleh warga setempat di samping diberi penernagan mengenai isu isu semasa.


Menurut Syed Ahmad, gotong royong menyediakan makanan tersebut oleh masyarakat setempat secara langsung dapat mengasuh perasaan kebersamaan dan soladiriti yang kuat.


"Ini bukan hanya tentang memberi makanan, tetapi juga tentang membangun jaringan saling percaya dan dukungan di antara sesama manusia terutama di bulan Ramadan," ujarnya.


Katanya, ketika seseorang menerima sebungkus kari ayam bukan hanya perut mereka yang terisi tetapi juga hati mereka yang terasa hangat hasil kari yang dimasak secara bersama. Program ini tidak hanya memberikan nutrisi bagi tubuh, tetapi juga menyentuh jiwa dengan pesanan untuk berbuat kebaikan.


"Di kala laman sosial penuh dengan ketegangan yang cuba ditimbulkan pihak tertentu, Lembah Jaya terus ke depan dan program ini adalah salah satu contoh.


"Program edaran kari ayam bukan hanya tentang memberi makanan kepada yang memerlukan tetapi juga tentang membuka pintu bagi mereka yang ingin terlibat dalam kegiatan sosial yang bermanfaat.


"Melalui kerjasama sukarelawan dan sumbangan dari berbagai pihak, program ini tidak hanya menjangkau lebih banyak orang yang berpuasa tetapi juga memberikan kesempatan bagi individu-individu untuk bersama sifat komuniti secara positif dalam masyarakat," kata Syed Ahmad lagi.


Semalam, lebih 100 masyarakat di DUN Lembah Jaya bukan saja menerima kari ayam tapi juga barangan keperluan asas lain seperti beras, susu, minyak, gula dan sebagainya.

Lebih empat periuk besar digunakan untuk memasak kari ayam dengan lebih 20 sukarelawan terlibat dengan program tersebut.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page