top of page

Program Dua Tahun Kerajaan MADANI tawar pengisian menarik



Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga esok menawarkan pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung.


Bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' , program sempena sambutan tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI ini memberi ruang kepada rakyat untuk lebih memahami usaha dan inisiatif dilaksana kerajaan.


Seperti lazimnya, program ini menyaksikan setiap kementerian membuka reruai bagi mempamerkan hasil pencapaian kerja keras masing-masing sepanjang dua tahun ini.


Antara yang menjadi perhatian antaranya Jualan Rahmah MADANI oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) yang menawarkan potongan harga barangan hingga 30 peratus serta tawaran produk usahawan tempatan yang dibawakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapat potongan sehingga 60% kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di reruai yang disediakan.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut membuka kuanter pembayaran saman dan pembaharuan lesen memandu serta lesen kenderaan motor selain turut menawarkan pertukaran 5,000 topi keledar secara percuma.


Bagi belia yang sedang mencari pekerjaan, program 2TM yang akan dirasmikan sendiri Perdana Menteri hari ini turut menganjurkan Karnival Kerjaya dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan pelbagai jawatan dengan penglibatan lebih 40 majikan.


Terdapat lebih 150 perkhidmatan touch point rakyat ditawarkan, seperti saringan pemeriksaan kesihatan percuma dan klinik rawatan merokok di reruai Kementerian Kesihatan (KKM) manakala Kementerian Kerja Raya (KKR) menawarkan perkhidmatan pendaftaran kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan tawaran kursus serta latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengunjung yang hadir boleh melakukan semakan wang tidak dituntut di reruai Kementerian Kewangan selain semakan laporan kredit individu (CCRIS/CTOS), semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk meningkatkan pendapatan rakyat serta advokasi berkaitan Kongres Ekonomi Bumiputera dan banci pertanian serta yang berkaitan input bagi Rancangan Malaysia Ke-13 turut dipamerkan Kementerian Ekonomi pada program 2TM ini.


Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan nasihat dan perkhidmatan aspek perumahan kepada rakyat.


Pengunjung juga boleh mengambil peluang menukar al-Quran baharu menerusi program "Jom Exchange Al-Quran (JEQ)" dengan membawa naskah al-Quran lama yang tidak mempunyai perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN), terhad senaskah kepada seorang pengunjung.


Selain itu terdapat juga pameran senjata ringan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kaunter perkhidmatan veteran dan promosi askar wataniah disediakan Kementerian Pertahanan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page