top of page

Program di gereja: Fadhlina mahu penyebar fitnah tampil minta maaf

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Menteri Pendidikan mahu pihak yang menyebar fitnah dengan mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan program di sebuah gereja agar tampil membuat permohonan maaf.


Fadhlina Sidek (gambar) menegaskan, program tersebut yang merupakan sesi libat urus antara pemegang taruh sekolah dan prasekolah swasta berlangsung dalam suasana perbincangan yang baik serta menggunakan fasiliti sekolah.


"Program itu diadakan di sekolah antarabangsa dengan sesi libat urus bersama pemegang taruh sekolah dan prasekolah swasta. Ia berlangsung di dalam dewan dan bukan di gereja seperti yang ditularkan.


"Kita menafikan tuduhan tersebut dan meminta pihak yang membuat dakwaan berkenaan memohon maaf kerana majlis itu dihadiri ramai pemegang taruh dan dakwaan itu sama sekali tidak benar," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Madani Ihya’ Ramadan KPM 2026 di Seberang Jaya.


Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad turut tampil menafikan fitnah tersebut.


Beliau menyeru semua pihak agar tidak terjebak dalam perbuatan fitnah yang ditegah agama.


Fadhlina sementara itu menegaskan bahawa sebarang penyebaran kenyataan bersifat jahat tidak wajar berlaku lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, ini kerana kenyataan seperti itu mengelirukan rakyat dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat negara ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page