top of page

Program derma darah bersama DUN Sena

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 17, 2020
1 min read


Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Penduduk Tok Peduka dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Persatuan Penderma Darah Negeri Perlis, KRT Paduka Ira dan UTC Perlis diadakan baru-baru ini.


Program itu turut dihadiri ADUN Sena, Asrul Nizan Abdul Jalil (gambar, baring) dan beberapa anggota KEADILAN Sena.


Menurut Asrul, program derma darah sewajarnya mendapat sambutan ramai kerana kajian yang dilakukan di Finland dan Amerika Syarikat menunjukkan menderma darah boleh merendahkan risiko menghidap penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak pernah menderma darah.


"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran kempen ini yang berjaya mengumpulkan seramai 32 orang penderma bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bekalan darah di HTF.


"Program sebegini diharap dapat diteruskan untuk dianjurkan oleh NGO-NGO dan inshaAllah Pusat Khidmat Rakyat Dun Sena akan membantu menjayakan program derma darah yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan penduduk dalam kawasan DUN Sena dari masa ke semasa.


"Orang ramai digalakkan untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah di HTF sentiasa berada dalam keadaan yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Kata Asrul lagi, faedah terbaik yang diperolehi apabila menderma darah selain dari merasa sihat ialah secara tidak langsung penderma akan dapat mengetahui perkembangan kesihatan diri dari masa ke semasa.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page