top of page

Program Deepavali, kesihatan Komuniti Madani semarak perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Kumaresan (tiga dari kiri) dalam Program Deepavali dan Pemerkasaan Kesihatan Komuniti Madani
Kumaresan (tiga dari kiri) dalam Program Deepavali dan Pemerkasaan Kesihatan Komuniti Madani

Program Sambutan Deepavali dan Pemerkasaan Kesihatan Komuniti Madani anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pekaka dengan kerjasama Panel Kesihatan Klinik Sungai Dua dan Sekretariat Rukun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan, yang hadir ke majlis tersebut berkata, program seperti itu amat digalakkan kerana ia memberi tumpuan secara langsung kepada komuniti dengan menggabungkan elemen perayaan, kesihatan dan semangat kebersamaan rakyat pelbagai kaum.


"Saya amat menggalakkan penganjuran program seperti ini kerana ia memberi tumpuan terus kepada komuniti setempat dengan menggabungkan elemen sambutan perayaan, kesihatan, dan perpaduan masyarakat," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, pendekatan komuniti Madani ini menunjukkan bagaimana sambutan perayaan dapat disepadukan dengan aktiviti kesihatan dan sosial yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.


Program tersebut turut dimeriahkan dengan pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik, acara sukan untuk kanak-kanak dan dewasa, serta majlis gimik sambutan Deepavali yang penuh warna-warni dan ceria.


A Kumaresan turut merakamkan penghargaan kepada Tuan Haji Ibrahim, Pengerusi KRT Taman Pekaka merangkap Panel Kesihatan Sungai Dua, serta seluruh ahli jawatankuasa penganjur atas usaha dan komitmen mereka menjayakan program tersebut.


Turut hadir, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Saudara Shafiq, yang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti tempatan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page