top of page

Program cegah kebakaran penting untuk keselamatan rakyat - Dr Wan Azizah



Program cegah kebakaran merupakan sesuatu yang agak asing bagi rakyat. Namun pendidikan pencegahan kebakaran mampu untuk menyelamatkan harta benda, malah nyawa.


Menurut Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, program komuniti bersama anggota bomba perlu sering dianjurkan bagi memberi pendidikan mencegah kebakaran kepada masyarakat.


Bercakap dalam majlis program Santuni Warga Saga Suria Sempena Bulan Kemerdekaan, anjuran bersama KEADILAN Cabang Ampang di rumah pangsa Saga Suria, Taman Saga, Dr Wan Azizah berkata, dengan pendidikan pencegahan yang betul banyak mudarat boleh dielakkan oleh masyarat.


"Kadang kala kita terlupa tentang bomba, kalau ada masalah baru kita fikir tentang bomba.


"Kalau boleh pihak bomba beri panduan kepada kita untuk mencegah kebakaran. Tadi dalam program sebelum ini, ada satu kes kebakaran (lawatan di kawasan berhampiran) bila mana seseorang masak air dia terlupa dan dapur dia terbakar.


"Dia lari dan panggil amah, kemudian api sudah marak. Dia hubungi 999, disambungkan ke 911. Operator tanya di mana, DUN mana? Kawasan itu sempadan dengan Wilayah Persekutuan. Balai bomba terhampir 4 minit perjalanan. Tetapi jentera bomba (yang sedikit jauh) datang 10 minit. 6 minit macam-macam boleh berlaku.


"Jadi kita perlu latihan dalam isu kebakaran. Anak-anak kecil sepatutnya sudah diberi latihan macam mana untuk melawan api. Kalau api dapur marak, bubuh guni basah dan sebagainya. Ini kena belajar untuk melakukan tindakan ketika waktu kecemasan," katanya dalam ucapan perasmian majlis berkenaan.


Pihak bomba memberi tunjuk ajar memadam kebakaran

Dalam program itu juga pihak bomba memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara memadam kebakaran dengan betul menggunakan tabung pemadam api berasaskan gas karbon dioksida.


Majlis juga turut menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen Pandan kepada golongan B40 yang memerlukan di rumah pangsa Saga Suria.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang DiPertua Majlis Ampang Jaya Datuk Abdul Hamid Hussein, Ketua unit pangsapuri Saga Suria dan pemimpin politik setempat.


Program tersebut turut menganjurkan aktiviti jualan makanan basah, acara mewarna bagi kanak-kanak dan jualan mini karnival.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page