top of page

Program Bingkisan Mesra Selangor bantu keluarga B40 hadapi kemuranan ekonomi



Kemuraman ekonomi atau kesukaran mencari nafkah melibatkan pemandu teksi, bas sekolah dan sebagainya mendapat pembelaan kerajaan Selangor.


Menurut Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail (gambar, kiri), menyedari keperluan itu Kerajaan Negeri telah mewujudkan program Bingkisan Mesra Selangor bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar.


"Kehidupan bandar walau menjanjikan banyak perkara positif tetapi dalam masa sama ada juga orang yang tertinggal tidak cukup pendapatan dan sebagainya. Oleh itu kerajaan buat Bingkisan Mesra Selangor bagi yang tinggal di bandar. Kita buat program dengan peruntukan RM5 juta.


"Kita pecahkan program ini (kepada beberapa segmen). Banyak orang bandar bawa bas sekolah, pemandu teksi, ramai yang tidak cukup pendapatan apalagi di musim Covid.


"Di sini (PPR Subang) jumlah yang diterima agak istimewa satu kepala hampir RM350. Tiap-tiap bulan kita bagi," katanya dalam majlis penyerahan kupon Bingkisan Mesra Selangor, di rumah pangsa PPR Subang, semalam.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu, beliau sedih apabila menerima panggilan daripada seorang pemandu teksi baru-baru ini yang tinggal di dalam kereta setelah menghantar anak dan isterinya pulang ke kampung kerana kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid 19.


Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor bertanggungjawab memberi bantuan, mengembalikan wang yang dikutip dari rakyat membantu kehidupan golongan yang terjejas.


Selain itu, Rodziah juga berkata Kerajaan Negeri sejak mengambilalih pengurusan rumah pangsa PPR telah menjaganya dengan baik dan memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada rakyat berbanding pengurusan sebelum itu.


"Selain tanggungjawab kerajaan sediakan kediaman yang baik kepada rakyat, kita juga memberi satu kelainan di dalam konteks pentadbiran bagi menjadikan kediaman itu satu tempat tinggal yang selesa.


"Tanggungjawab kita bukan saja beri tempat tinggal tetapi juga keselesaan. Saya lihat banyak perubahan di penempatan berpendapatan rendah setelah kita ambilalih dalam 10 tahun.


"Dulu kita lihat keadaan tidak kondusif, bermasalah. Kita buktikan bila kerajaan sendiri menguruskan dengan cara yang betul banyak masalah diselesaikan.


"Ini adalah usaha kerajaan, beri sewaan murah. Tiada yang boleh dapat sewaan RM250. Rumah kampung pun sewa RM400 - RM500. Tetapi kita nak tunjuk bila kita pegang kuasa, duit yang ada itu kita dapat beri balik kepada rakyat dalam konteks perkhidmatan terbaik," katanya lagi.


Program pemberian baucar itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu dan Exco Pemberdayaan, Pembangunan Sosio ekonomi dan Kerajaan Prihatin, Ganabatirau Veraman.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page