Program bersama komuniti mampu bentuk generasi muda berakhlak
- Suara Keadilan

- Oct 19
- 1 min read

Aktiviti luar bilik darjah dan program berasaskan komuniti berupaya membentuk disiplin serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy (gambar) berkata, pendedahan melalui aktiviti seumpama itu bukan sahaja menggalakkan anak muda bersosialisasi secara sihat, malah membantu mereka memahami dunia sekeliling dengan lebih mendalam.
"Selain pendidikan dan usaha pihak sekolah, aktiviti di luar bilik darjah juga penting supaya anak muda mendapat pendedahan dari segi ilmu dan pengalaman. Ia turut memupuk semangat kekitaan serta tanggungjawab kepada negara," katanya dipetik.
Saraswathy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada Raaji Silk Palace yang mencatat kejayaan sebagai rangkaian peruncit pakaian tradisional India terbanyak dengan 18 cawangan di seluruh negara.
Pada acara itu beliau turut menyampaikan sumbangan Deepavali kepada beberapa penerima kurang bernasib baik.
Sementara itu tambahnya, dalam usaha memperkukuh jati diri pelajar dan membina nilai perpaduan, kementeriannya turut melaksanakan pelbagai program di Arkib Negara dan muzium seluruh negara.
Beliau berharap usaha itu dapat melahirkan generasi muda yang lebih bermakna, berdisiplin dan berguna kepada masyarakat serta negara.









Comments