top of page

Program bantuan ganti keluar KWSP, tunggu Belanjawan 2023



Kerajaan merancang untuk mewujudkan program atau skim bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat gugatan ekonomi pasca pandemik Covid 19 yang mahu mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menampung kehidupan keluarga.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, akan diperkenalkan program menggalakkan golongan terkesan itu untuk menambah pendapatan mereka dan akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.


"Ada beberapa perkara yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kita tunggu pengumuman bajet. Ini termasuk contohnya membuka peluang kepada B40 ke bawah menjana pendapatan tambahan.


"Dalam masa sama, harapan kita melalui kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 12, kita melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji. Tidak boleh letak kepada kos sara hidup semata, tetapi pastikan kenaikan gaji dan hal itu tidak diserah semata mata kepada kepada pasaran (menentukan). Ini adalah perkara jangka sederhana dan panjang.


"Kalau kita berjaya memastikan program subsidi disasarkan kepada kumpulan benar benar memerlukan maka kesan kenaikan kos sara hidup akan ditangani dengan lebih baik. Ini sekumpulan dasar yang perlu dilakukan sekali gus," katanya dalam sidang media selepas Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi: "Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat" di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, tengah hari tadi.


Menurut Rafizi, kerajaan amat tidak menggalakkan pengeluran KWSP kerana Malaysia menuju ke arah negara menua dengan bertambahnya golongan pesara berbanding remaja.


Katanya, kehidupan waktu tua pada waktu akan datang memerlukan kewangan yang lebih banyak berbanding sekarang dan seharusnya rakyat mempunyai simpanan.


"Kita perlu berhati hati mengeluaran KWSP biar pun buat masa sekarang diperlukan, tetapi kos yang mereka bayar itu tinggi.


"Dalam keadaan masyarakat kita semakin menua dan kos melalui hari tua itu bertambah tingi di masa akan datang maka kita akan pastikan rakyat kita ada simpanan mencukupi," katanya lagi.

8 comments

8 Comments


HUBBY UMI LOVE
HUBBY UMI LOVE
Feb 11, 2023

Macam tak faham2 pula kerajaan ni.My suggestion,pergi turun ke lapangan seperti yang PGIRM buat.Tengok berapa orang menderita.Selain itu,dengar luahan pencarum kat live tik tok sblm ni.Kalau bantuan spt skim yg nak kena bayar balik,itu xde beza dengab mmbyr hutang yg kita dah pinjam.Boleh ke kerajaan bagi bantuan puluh ribu utk 300 lbih ribu orang yg mendesak kwsp ni?.Kesusahan negara orang boleh pula dtg nak tolong tpi rakyat dlm negara sendiri menderita bak pengemis duit sndri.So sad and awful.

Like
muhamat alim
muhamat alim
Feb 11, 2023
Replying to

Inilah pemerintah akhir zaman yg mana allah dan rasul kaborkan......diakhir zaman hanya tinggal pemimpin yg bodoh diikuti org2 yg bodoh......jgn lupa 7 ciri2 pemimpin akhir zaman yg rasulullah kaborkan......deme nk marah? marahlah......itu kenyataan dan peringatan dari allah dan rasulnya kpd umat diakhir zaman.........

Like

kamarulzaman yaakob
kamarulzaman yaakob
Feb 11, 2023

setiap orang yang memegang satu kuasa , selalunya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bersama kuasa yang datang bersama kuasa yang beliau dapat dengan cara yang hanya beliau dan entiti yang dipercayai nya . jika Islam entiti tersebut Allah. orang politik wajib ada , bukan harus ye .. satu skill yang hanya sebilangan je yang ada , seperti juga skill² yang lain .

orang politik ni wajib tahu skill berkata, bukan bercakap sebab kalau bercakap) perlu melalui hati . kalau berkata macam burung kakak tua . hanya ulangi apa yang kerap didengari sepanjang hayatnya .

nak cerita pasal bantuan kerajaan ni memang sesuai dengan namanya, BANTUan yg kerja dengan kerajaan, bukan civilian .

kalau lah ada komputer yang boleh…

Like

saifulrizal26
Feb 11, 2023

Belum tentu dapat tambah, jangan cakap senang je ,tengok lah sikit orang yang betul-betul tidak berkemampuan, yang duduk rumah macam pondok pun ada,... Bekerja 13 jam kadang² dapat gaji 1200 yang makan gaji cukup ke,... Kesian pada dia orang,... Kadang bekerja dengan kontrak pun kena tipu kamu tahu ke, mengenangkan anak² isteri mereka di rumah,,, tetap juga bekerja, hanya pengeluaran untuk kali ini ,... Tidak mahu luluskan,..


Adakah boleh nampak kesemua mereka yang betul-betul susah , kita boleh bantu, tidak semua kita akan nampak,.... Tidak akan perfect,...

Memang betul KWSP untuk masa tua ,tapi mereka ini faham,... Dan tahu akibatnya,itu duit mereka..

Nak menjana pendapatan,bagi mereka yang tahu ... Macam mana yang tidak tahu !!!!!! Hal ekonomi dan tidak panda…

Like

Pieng Ling Chong
Pieng Ling Chong
Feb 10, 2023

Semoga Perdana Menteri izinkan kita rakyat Malaysia mengeluarkan Caruman KWSP pads mass Semarang, jangan tengok masa hadapan, Betul betul Sekarang dapat ramai orang tak dapat Wang yang cukupi beli makanan, bayar hutang, sebab gaji yang tak cukup tanggung semua barang, Dan juga sekarang semua barang Naik harga debian terlampau sangat sangat tinggi.

Like

Abang Serum
Abang Serum
Feb 10, 2023

Rafizi,boleh ke kerajaan bagi rm10000 seorang dekat rakyat yang memerlukan rm10000 one-off duit KWSP

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page