top of page

Program Back To School kerjasama AIM bantu 1,000 kanak kanak



Program Back To School parlimen Ampang dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berhasil membantu 1,000 kanak kanak di kawasan berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, program seumpama itu seharusnya diteruskan dalam pelbagai bidang yang lain.


"Hari ini saya bersyukur kerana AIM Selangor dan Wilayah sudi bersama parlimen Ampang untuk buat program Back To School kepada anak anak peserta AIM, yang saya dimaklumkan hampir 1,000 kanak kanak menerima bantuan melibatkan 600 keluarga.


"Saya rasa ini satu kerjasama dinantikan. Kerana bukan saja kerjasama dalam program ini, selepas ini kita teruskan membantu AIM dalam melihat apa apa keperluan sama ada di sudut pembangunan usahawan atau menambahbaik program yang ada," katanya selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah pagi tadi.


Rodziah juga teruja dengan beberapa bantuan AIM yang mensejahterakan keluarga. Antaranya, kata beliau, i-Bistari yang memberi peluang peserta AIM memohon bantuan persekolahan anak anak.


Bantuan katanya, diharap akan menjadikan kanak kanak pelajar cemerlang biar pun dari keluarga B40 atau miskin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page