top of page

Program 'back to school' kepada golongan memerlukan di DUN Bukit Naning

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 22, 2021
1 min read


ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni baru-baru ini mengagihkan baucar 'back to school' kepada keluarga pelajar yang memerlukan di Kampung Seri Sempadan, Batu 17-18, Parit Tengah dan Parit Baru, Johor.


Beliau turut melahirkan kebimbangan, pengajaran dan pembelajaran yang tidak lagi dilakukan secara berdepan dan terpaksa dibuat di rumah berikutan kes jangkitan Covid 19 yang tinggi.


"Keadaan ini agak membimbangkan bagi pelajar yang dikategorikan luar bandar kerana infrastruktur internet menjadi kekangan di beberapa kawasan yang tiada liputan internet yang jelas," katanya.


Bagaimanapun Ketua Penerangan KEADILAN Johor itu berterima kasih kepada Puan Pearl Tan di atas penyediaan baucar barangan keperluan sekolah pada kali ini.


Beliau berdoa agar keadaan akan pulih dan sekolah kembali dibuka seperti biasa.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page