top of page

Program Anak Kita tunjuk hasil positif, terbukti keberkesanan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 10
  • 1 min read
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berpuas hati dengan Program Anak Kita
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berpuas hati dengan Program Anak Kita

Oleh: Azuan Ab Rahman


Usaha Kerajaan MADANI dalam memperluas akses pendidikan berkualiti terus membuahkan hasil apabila Program Anak Kita yang dilancarkan pada September lalu menunjukkan prestasi memberangsangkan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, laporan terkini mengenai program tersebut membuktikan keberkesanan pelaksanaannya terutama dalam membantu persediaan murid menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


"Saya berpuas hati dengan keberkesanan program ini terutamanya impak pelaksanaan Program Pecutan SPM 2024 yang telah berjaya mengatasi sasaran awal yang ditetapkan.


"Program intervensi Membaca, Menulis dan Mengira (3M) turut menunjukkan perkembangan yang baik," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.


Hantaran itu menyusul selepas pembentangan laporan terkini, analisis dan pencapaian program di kementeriannya pada Isnin.


Program Anak Kita dikelola secara bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan dengan kerjasama strategikYayasan Hasanah, Unit Pantau MADANI, universiti awam, syarikat korporat dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).


Selain membantu persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM, program itu juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi sekaligus menangani isu keciciran pembelajaran.

"Program Anak Kita dipantau rapi merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan impak keberkesanan keseluruhan


"Setelah hampir setahun penganjuran, pelbagai program intervensi telah berjaya dilaksanakan," tambah Fadhlina yang berharap jangkauan program itu diperluas bagi memastikan lebih ramai murid mendapat manfaat.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page