top of page

Program amal NGO, Gabungan Ranting KEADILAN Ampang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 2, 2020
  • 1 min read


Program amal untuk penduduk Bukit Antarabangsa, Ampang anjuran NGO #KitaBudakAmpang bersama Gabungan Ranting KEADILAN Ampang baru-baru ini berjaya menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.


Aktiviti amal yang diselenggarakan oleh Datuk Hans Isaac (gambar, dua dari kiri) itu menyampaikan barangan keperluan harian kepada keluarga golongan B40 yang terjejas sepanjang penademik Covid 19 di Bukit Antarabangsa melalui Program Sentuhan Kasih #KitaBudakAmpang.


Ia merupakan antara siri program kebajikan sosial oleh Datuk Hans Isaac yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu bagi masyarakat sekitar Ampang.


Program ini juga meraikan Gabungan Ranting KEADILAN Bukit Antarabangsa bersama pemimpin masyarakat dan anak-anak muda KEADILAN Ampang

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page