top of page

PRN Selangor: PN tidak mampu bentuk kerajaan stabil, tiada wakil bukan Melayu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 9, 2023
  • 2 min read


Berbaki 2 hari berkempen sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, kedudukan terkini parti parti yang bertanding semakin terserlah sama ada akan membentuk Kerajaan Negeri mahu pun tidak.


Bagi Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari, kedudukan pada waktu ini jelas menunjukkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan menang di kerusi bukan Melayu dan oleh itu secara psikologinya tidak mungkin PN mampu membentuk kerajaan yang stabil tanpa wakil rakyat bukan Melayu.


"Di atas kertas sepanjang kempen, dari data, analisa dan sebagainya PH - BN telah melepasi majoriti.


"Oleh itu saya merayu kepada semua pengundi, jika mereka memilih pembangkang tidak akan memberi perubahan kepada kawasan mereka.


"Saya percaya PN tidak mampu membentuk kerajaan stabil. Sebab tidak ada komposisi kaum di kalangan mereka. Saya percaya DAP akan menang semua kerusi dan kawasan majoriti bukan Melayu milik KEADILAN, kita menang semua


"Macam mana PN nak buat kerajaan tetapi tiada non Malay. Ini sangat merbahaya. PN tidak mampu buat kerajaan stabil. Kerajaan Melayu dan tidak mungkin berlaku di Selangor. Kekuatan kita adalah masyarakat campuran," katanya dalam sidang media pagi tadi.


Bagaimanapun, Dr Yaakob berharap prestasi PH - BN kali ini mengulangi Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 bagi memastikan majoriti 2/3 milih Kerajaan Perpaduan untuk memudahkan Kerajaan Negeri meluluskan dasar.


Bagi pengundi Melayu pula, beliau merayu agar tidak terikut sentimen kaum dan agama kerana Kerajaan Perpaduan terbukti membela kaum itu dengan pelbagai bantuan.


"Semalam Perdana Menteri umum pertambahan subsidi padi. Ini memberi keuntungan kepada kawasan (Melayu) seperti Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam yang menanam padi.


"Kepada pengundi sebelah Tangjung Karang ke atas berilah kesempatan kepada wakil kami berkhidmat untuk mereka," katanya.


Manakala untuk manifesto PH - BN Selangor pula, Dr Yaakob berkata, semua yang telah diumumkan boleh dilaksanakan kerana tradisi kerajaan PH tidak pernah mengkhianati janji manifesto sejak 15 tahun lalu.


"Berhubung manifesto 5 Teras untuk 5 tahun kerajaan Selangor, bila kita menjanjikan sesuatu kita telah bersedia. Semua ada dalam bajet.


"Hanya sedikit, seperti rel keretapi perlu semakan prosedur dan sebagainya. Tetapi janji kebajikan, beri sumbangan RM2,000 jemaah haji, elaun imam, siak, bantuan sekolah agama biasanya Selangor akan beri lebih daripada yang dijanjikan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page