top of page

PRN Selangor: Berdasarkan sokongan PRU 15, PH boleh dapat 40 kerusi





Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mendapat sekitar 40 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor sekiranya mengambil kiraan mudah berdasarkan sokongan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.


Bagaimanapun, menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Rafizi Ramli, matematik mudah itu masih memerlukan kajian lebih mendalam dengan membandingkan perkembangan semasam iaitu kelebihan yang diperolehi dengan kerjasama bersama BN atau mungkin terdapat faktor penolakan kerjasama tersebut.


"Namun saya yakin PH akan mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.


"Melihat kepada data awal, kita sepatutnya boleh mempertahankan sekitar 40 kerusi. Margin mempertahankan Selangor itu agak selesa tetapi kita tak nak berasa selesa sangat. Jadi sasaran kita 45 kerusi daripada 56 kerusi (adalah wajar)


"Saya beranggapan dengan masa yang ada dan keadaan yang ada di pihak PH, terutama memandangkan kita mempunyai tanggungjawab memperbaiki ekonomi rakyat dalam 4 - 5 bulan akan datang, maka (jangkaan) kita boleh mencecah 45 kerusi," katanya dalam sidang media selepas konvensyen pilihan raya KEADILAN Selangor tengah hari tadi.


Rafizi berharap Umno segera menyelesaikan pemilihan parti bagi memudahkan rundingan kerjasama untuk PRN yang selewat lewatnya akan mengambil tempat pada bulan Jun.


"Jadi PH akan terus buat persiapan untuk pertahankan 3 negeri


"Di Kedah pula kita akan mempertahankan kerusi tradisi misalnya, KEADILAN ada 3, DAP ada 2, Amanah ada 2 - 3 kerusi. Jadi sementara kita menunggu proses dalaman Umno berlangsung, dan tertakluk kepada perkembangan dalaman Umno, kita teruskan dengan persiapan pilihanraya kita seperti biasa," katanya.


Sementara itu dalam ucapan beliau pada konvesnyen, Menteri Ekonomi itu berkata mood sokongan kepada PH boleh berubah daripada buruk kepada lebih baik sekiranya mempunyai masa mencukupi.


Rafizi memberi contoh tempoh daripada PRN sepanjang 2022 kepada PRU 15. Katanya daripada kalah teruk di Melaka dan Johor PH dan KEADILAN boleh berubah kepada prestasi membanggakan.


"Prestasi PH jika dibandingkan dengan 7 Pilihan Raya kecil (PRK) dan 4 PRN, PH telah mencapai keputusan yang baik.


"Misalnya tempoh 2 bulan daripada konvensyen pilihan raya pusat dulu (bulan Oktober 2022) kemudian (sokongan) beralih dalam tempoh yang cepat.


"Kalau PRN diadakan dalam tempoh 5 - 6 bulan dari sekarang dan kini kita bermula dengan konvensyen negeri bermula di Selangor maka dalam tempoh 4 -5 bulan itu boleh kita anjakan (sokongan dan mendapat) keputusan yang lebih baik daripada disangkakan," katanya.


Oleh itu, tegas Rafizi, jentera KEADILAN tidak perlu terlalu bimbang dengan keyakinan berlebihan pihak PN bahawa mereka akan merampas di Selangor dalam PRN tahun ini.


"Kalau kita tengok dari PRN Melaka dan Johor... kita malah hampir pupus di Johor. Tetapi kita mampu bangkit kembali dalam tempoh 5 - 6 bulan, kalau PN nak enjoy sakan (ramal tawan Selangor) biarlah mereka dalam beberapa bulan ini.


"Sebab pandangan saya, kita bukan sahaja dapat mempertahankan Selangor, kita juga akan mengejutkan geng Pas yang tengah seronok sekarang.


"Pada pendapat peribadi saya, inshaAllah kita akan mempertahankan Selangor," katanya lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page