top of page

PRN Sarawak: SOP hindari Covid 19 tidak wajar tempangkan demokrasi



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak boleh jadi tempang dan anti demokrasi disebabkan oleh Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen yang terlalu ketat.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, proses pilihan raya yang baik dan teratur penting untuk menjamin keabsahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.


"Walaupun dunia masih lagi berhadapan dengan pandemik, ia bukanlah alasan untuk menjadikan proses pilihan raya menjadi tempang.


"Setelah membaca SOP terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya sangat kecewa. Mereka pernah berkata akan melakukan kajian terhadap SOP yang akan diperkenalkan. Malangnya, setelah PRN Melaka selesai, kajian itu tidak diterbitkan.


"Seharusnya SPR mengambil langkah produktif dengan melakukan perbincangan dengan semua wakil parti politik yang bakal bertanding pada PRN Sarawak," katanya dalam satu siaran media.


Presiden KEADILAN itu menyarankan agar pihak berkuasa menilai SOP berdasarkan fakta fakta perubatan dan bukannya dicampur dengan sebarang kepentingan politik pihak tertentu.


"Perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP ini perlu dilakukan. Saya tidak melihat ada sebab yang konkrit - termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini.


"Apa perkembangan terbaru tentang jaminan akses sama rata kepada pihak media untuk semua parti politik dan calon?" tanyanya.


SOP PRN Sarawak sebagaimana di Melaka dikritik oleh pembangkang yang tidak mungkin boleh berkempen menggunakan media kerajaan atau program pemerintah.


Malah SOP kali ini turut tidak membenarkan pimpinan berkempen dari DUN ke DUN sebagaimana biasa dan majlis ceramah umum dihadkan kepada 150 dengan lokasi pilihan yang ketat di kawasan yang capaian internet bermasalah.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page