top of page

PRN Sarawak: Elak 'menang kopi', rancang awal strategi kempen

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 24, 2021
1 min read


Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mungkin tidak jauh berbeza dengan PRN Sarawak yang bakal diadakan dalam jangka masa 3 minggu lagi memerlukan persediaan awal strategi berkempen.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, kaedah berkempen di Melaka tidak membuahkan hasil, yang mana pemimpin dan calon hanya pergi ke kedai kopi dengan penglibatan pengundi tempatan yang terhad


"Kita buat pesiapan. Kita kena rancang awal. (Di Melaka) betul kita kerja kuat. Pergi kedai kopi, tanya penduduk tempatan berapa? 5 orang, pergi satu lagi kedai kopi. Hasilnya 'menang kopi' saja," katanya kepada wartawan semalam.


Bagaimanapun Presiden KEADILAN itu berpuas hati dengan persiapan jentera KEADILAN Sarawak yang dirasmikannya pada 20 November lalu, dan berharap persiapan seterusnya akan berjalan lancar.


"Kita siap, saya lihat jentera di Kuching dan Miri, alhamdulillah nampak persiapan elok. Walaupun kita bukanlah nak bertanding semua. Kita pakat dengan DAP dan Amanah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page