top of page

PRN Sarawak: Penduduk bandar perlu wakil rakyat berani perjuang hak – Roland

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
15 hours ago
1 min read
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan

Penduduk bandar memerlukan wakil rakyat yang berani bersuara, tegas memperjuangkan kepentingan rakyat dan tidak berkompromi dalam memastikan hak serta kebajikan masyarakat sentiasa diutamakan

Keperluan penduduk bandar di Sarawak yang semakin meningkat susulan pertambahan populasi dan perkembangan pesat kawasan bandar perlu diberi perhatian serius menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan berkata, perkembangan berkenaan menuntut tindakan lebih berkesan bagi menangani pelbagai keperluan serta cabaran kehidupan masyarakat bandar.


Menurutnya, penduduk bandar memerlukan wakil rakyat yang berani menyuarakan kepentingan mereka serta tegas memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat.


"Penduduk bandar memerlukan wakil rakyat yang berani bersuara, tegas memperjuangkan kepentingan rakyat dan tidak berkompromi dalam memastikan hak serta kebajikan masyarakat sentiasa diutamakan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, suara yang tegas dan konsisten dalam memperjuangkan kepentingan penduduk bandar amat diperlukan bagi memastikan pembangunan kawasan bandar terus memberi manfaat kepada masyarakat.


Katanya, perhatian terhadap keperluan penduduk bandar juga penting bagi membina masa depan bandar yang lebih baik, sejahtera dan memenuhi kepentingan rakyat.


"Suara yang tegas dan konsisten dalam memperjuangkan kepentingan penduduk bandar demi masa depan bandar yang lebih baik dan sejahtera sangat diperlukan," katanya.


PRN Sarawak secara rasmi juga dikenali sebagai PRU DUN Sarawak ke-13, akan diadakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi penggal ke-20.


Pilihanraya ini akan diadakan pada 12 Disember 2026, berikutan pembubaran penggal ke-19 DUN Sarawak pada 26 Oktober lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page