PRN Sarawak: KEADILAN bakal letak semua calon di Mukah


KEADILAN dijangka meletakkan calon di DUN Balingian, Tellian dan Dalat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Ketua KEADILAN Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berkata, ketiga-tiga calon telah disenarai pendek berdasarkan prestasi mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.


“Bagaimanapun, kita akan tunggu presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.


Tambahnya, KEADILAN Mukah sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN Sarawak.


“Kami sudah bersedia untuk keluar mengundi dan bersedia sepenuhnya dengan jentera pilihan raya kami,” katanya.


Beliau juga berharap semua ahli dan penyokong KEADILAN menyokong tiga calon di Mukah untuk memenangi pilihan raya.


Bagi DUN Balingian, KEADILAN mula meletakkan calonnya sejak Pilihan Raya Umum ke-9 pada 2006.


Pada Pilihan Raya Negeri 2016 lalu, KEADILAN tidak bertanding di kerusi itu untuk memberi laluan kepada calon Amanah.


KEADILAN meletakkan calon untuk kedua-dua kerusi Tellian dan Dalat pada pilihan raya negeri yang lalu tetapi mengalami kekalahan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER