PRN Sabah: "Zahirkan suara anda, berjuang habis-habisan" - Nurul Izzah
- Suara Keadilan

- Aug 25
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17, Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar meniup semangat juang kepada anggota parti dan penyokong agar menguatkan kempen penerangan kepada rakyat.
Beliau menggesa agar mereka memenuhi medan media sosial dengan bahan bahan atau konten yang menarik minat pengundi demi memastikan kejayaan gemilang pada PRN akan datang.
"Semua komrat-komrat yang saya kasihi, jangan lupa zahirkan suara anda di media sosial kerana orang mahu mendengar suara KEADILAN negeri Sabah.
"(Kita)...nak pastikan mereka tahu apa yang kita perjuangkan. Adakah mereka mahu kita bercakap di belakang tabir atau di depan?
"Tentunya di depan. Jadi jangan lupa zahirkan suara anda. Berjuang habis-habisan. InsyaAllah kita menang di PRN," katanya yang menyuntik semangat itu menerusi satu video.
Nurul Izzah pada waktu ini merasmikan Bilik Gerakan Utama dan Jentera KEADILAN Sabah di sekurang kurangnya lapan kerusi tumpuan.
PRN Sabah dijangka akan diadakan pada tahun ini berikutan tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan berakhir pada Oktober 2025.









Comments