top of page

PRN Sabah: Warisan-PH berpotensi menang



Gabungan Warisan Plus berpotensi menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.


Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan gerak kerja parti-parti yang bertanding di Sabah, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) kelihatan amat mantap.


Katanya, sepanjang 5 hari Misi Ziarah Kerja (MZK) yang dihadiri beliau selaku Presiden NGO Rapat, Kapten (B) Zulkefly Othman AJK NGO Pahlawan dan beberapa yang lain, sokongan rakyat terhadap Warisan-PH jelas terserlah.


"Dalam MZK tersebut kami sempat ke DUN Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api dan Klias.


"Kesemua calon dan petugas kami lihat bekerja keras bagi kemenangan KEADILAN bersama Warisan Plus. Potensi kemenangan amat cerah terutama dengan suntikan semangat Datuk Seri Anwar pada 20 September 2020.


"Potensi kemenangan ini juga disumbangkan dari beberapa faktor termasuklah prestasi Kerajaan Warisan Plus selama 2 tahun lalu, muafakat KEADILAN dan Warisan Plus, imej KEADILAN dan Anwar yang cukup diterima di Sabah dan berlakunya perpecahan parti-parti pembangkang Sabah dalam meletakkan calon," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.


Mantan Naib Presiden dan Setiausaha Agung KEADILAN itu mengucapkan selamat berjuang kepada semua calon-calon yang bertanding; Pete Galim, Mustapha Sakmud, Sazalye Donol, Christina Liew, Abdul Rahman Yakub, Alijus Sipil dan Raymond Ahuar.


Hari mengundi bagi Sabah ditetapkan pada 26 September ini dengan pertembungan sengit lebih 10 parti yang bertanding.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page