top of page

PRN Sabah: Wanita KEADILAN bakal tampil calon wanita berwibawa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12
  • 1 min read

ree

Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 dengan sasaran menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, senarai calon telah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti dan menampilkan gabungan tokoh berpengalaman serta muka baharu yang berpotensi besar membawa kemenangan kepada parti.


"Calon-calon wanita ini telah bekerja keras dan banyak menyumbang kepada komuniti masing-masing. Mereka layak diketengahkan sebagai calon yang mampu membawa suara rakyat, dan kita yakin mereka calon yang boleh menang, Insya-Allah," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Projek Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.


Sementara itu menurut Fadhlina, jentera Wanita KEADILAN kini memasuki fasa akhir persiapan dan akan digerakkan sepenuhnya di semua kerusi yang dikenal pasti.


"Kita akan beri komitmen sepenuhnya di lapangan sebagai tanggungjawab kepada parti dan mendukung semua calon KEADILAN yang akan bertanding dalam PRN Sabah ini," jelasnya.


Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 6 Oktober lalu mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada PRN ke-17 yang bakal menyaksikan pertandingan di 73 kerusi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page