top of page

PRN Sabah: Umum calon sebelum bentuk kerjasama politik tidak sesuai - Mustapha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10
  • 1 min read


KEADILAN menganggap tidak perlu tergesa gesa mengumumkan nama calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada tahun ini.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Mustapha Sakmud, calon sebaik baiknya diumumkan setelah KEADILAN berada dalam kerjasama politik bersama parti parti di Sabah, yang pada masa ini belum diputuskan lagi.


"Kalau boleh jangan umum calon sebelum ada kerjasama antara parti bagi mengelak pergeseran. Tapi kita tidak boleh menghalang jika ada pihak yang mahu berbuat demikian.


"Namun, bagi KEADILAN kita mahu menjaga integriti, kita tidak mahu mengumumkan lebih awal tanpa rundingan sebab itu adalah prosesnya dan kita berharap semua parti memahami perkara ini," katanya dipetik dalam sidang media di pejabat KEADILAN Sabah, semalam.


Ditanya mengenai pembahagian kerusi sesama komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah, beliau berkata perkara itu juga belum diputuskan secara menyeluruh memandangkan masih ada kerusi yang berlaku pertindihan.


"Berapa jumlah kerusi KEADILAN nanti juga kita belum dapat umum kerana kita tidak mahu dilihat seolah-olah bertanding solo pula nanti.


"Kita mahu kerjasama dan mempertahankan Kerajaan MADANI. Jadi kita tidak mahu berlaku pergeseran antara parti di Sabah yang mungkin menjejaskan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Selepas selesai rundingan dengan parti komponen PH, rundingan seterusnya akan dilakukan dengan rakan parti yang membentuk gabungan pada PRN17 nanti," ujarnya.


Pada masa ini KEADILAN akan mengekalkan kerusi penyandang namun enggan mengumumkan kerusi berpotensi yang bakal ditandingi.


KEADILAN juga masih belum memutuskan untuk bersama BN, GRS atau lain lain parti politik tempatan dalam PRN yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page