top of page

PRN Sabah: Rundingan kerusi PH-BN selesai - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29
  • 1 min read

ree

Proses rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah sudah diselesaikan.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, PH dan BN akan bertanding bersama dalam pilihanraya itu sebagai satu pasukan.


"KEADILAN sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi PRN Sabah," katanya dipetik.


Dr Fuziah tidak mendedahkan secara terperinci mengenai keputusan perbincangan itu termasuklah jumlah kerusi akan ditandingi setiap gabungan.


Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PH Sabah Mustapha Sakmud sebelum ini berkata gabungan itu menyasarkan antara 23 hingga 25 kerusi.


DUN Sabah bagi penggal ke-16 akan terbubar sendiri pada akhir Oktober depan kerana genap tempoh lima tahun.


Jika DUN terbubar sendiri pada akhir Oktober depan, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai masa sehingga akhir Disember ini untuk mengadakan PRN17.


Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad mengesahkan kerjasama bersama PH bagi menghadapi PRN.


Menurutnya, perbincangan mengenai pembahagian kerusi dengan PH sudah diadakan dan ‘formula asas’ telah dibentuk walaupun belum dimuktamadkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page