top of page

PRN Sabah: Pengundi mahukan kestabilan politik - Penganalisis



Penganalisis politik menjangkakan parti yang akan dipilih oleh rakyat Sabah pada 26 September nanti adalah pihak yang diyakini akan memberi kestabilan politik jangka panjang kepada negeri itu.


Bagi Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Mohd Munir, faktor kestabilan negeri amat penting kerana ia boleh menjamin kemasukan pelaburan baharu dan melancarkan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid 19.


"Mood di Sabah pelbagai tetapi rakyat lebih mengutamakan kestabilan politik. Itu yang sebenarnya sedang dibuat oleh kerajaan semasa (Warisan) sekarang," katanya dalam forum 'Dari Slim Ke Sabah, Satu Analisa' anjuran Gerakan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut Khairul, arah sokongan juga turut bergantung kepada 'tokoh-tokoh lama politik' dalam parti-parti yang bertanding.


Katanya, tokoh politik di Sabah mempunyai pengikut setia dan sokongan mereka perlu diambil kira khususnya di luar bandar.


"Dinamik politik Sabah terbahagi kepada dua. Politik bandar dan luar bandar.


"Politik luar bandar masih terikat kepada grup (puak). Mereka sokong otai (orang lama politik). Itu sebabnya untuk berkempen di Sabah memerlukan belanja yang banyak untuk membawa orang keluar mengundi dan sebagainya.


"Selain itu, ada banyak kaum dan setiap kaum ada kepentingan sendiri yang perlu diraikan. Itu sebab kita lihat penguasaan politik juga berbeza.


"Misalnya KEADILAN banyak di kawasan bandar, Warisan banyak di luar bandar. PN di kawasan tertentu. Pantai Timur dan Pantai Barat itu berbeza. Saya lihat ini menarik dan tak boleh baca (sebagai) satu sentimen (sahaja)," katanya lagi.


Mengulas mengenai pihak mana yang mendahului sokongan sama ada Warisan Plus atau pun BN/PN, Khairul menjangkakan keadaan lebih mudah untuk dinilai selepas minggu pertama kempen dan sebahagian pengundi telah membuat keputusan.


"Di Semenanjung kalau IDE ingin buat survey kita senang meletakkan perimeter pada kaum. Sentimen Melayu, Cina dan India.


"Di Sabah kita tidak boleh letak begitu. Kaumnya begitu pelbagai dan kaum-kaum yang utama harus dilihat kepentingan mereka," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page