PRN Sabah: KEADILAN Pensiangan sokong kerjasama, sasar kemenangan besar
- Suara Keadilan
- Jan 22, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
KEADILAN Sabah bersedia berkerjasama dengan mana-mana komponen parti dalam Kerajaan Madani bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mungkin diadakan seawal hujung tahun ini.
Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, keputusan itu diperoleh hasil mesyuarat pertama KEADILAN cabang berkenaan bagi tahun ini.
"Mesyuarat Cabang Pensiangan yang pertama bagi tahun 2024 bersedia menghadapi PRN Ke -17 Sabah dan menyerahkan keputusan kepada Perdana Menteri selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk menentukan kerusi ditandingi oleh KEADILAN dan calon yang akan bertanding
"Selain itu, mesyuarat juga menyokong parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah untuk mempastikan kemenangan yang lebih besar bagi memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan diperingkat negeri dan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Raymond, kerjasama itu adalah bagi menyokong usaha yang digerakkan Perdana Menteri untuk memperbaiki ekonomi negara dan menoktahkan kemiskinan di Malaysia khususnya di pedalaman Sabah.
"Dengan kemenangan besar pada PRN Sabah pasti memudahkan perlaksanaan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) yang dapat dilakukan sesuai dengan komitmen PMX serta Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.
Dalam hal berkaitan, pada 13 November lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diawalkan.
Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata tempoh tamat penggal pentadbiran bagi kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Comments