KEADILAN parti unik, angkat keistimewaan Sabah, Sarawak - Raymond Ahuar


Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Raymond Ahuar menyeru rakyat supaya tidak teragak-agak untuk mengundi KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Raymond berkata, KEADILAN tidak seperti mana-mana parti yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia kerana parti itu mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak.


"Ada yang berkata, mengapa kita perlu mengikut parti Malaya, tetapi parti KEADILAN adalah berlainan dengan mana-mana parti sebelum ini.


"KEADILAN ada keunikan tersendiri kerana dalam perlembagaan parti Perkara 5.8 termaktub bahawa parti ini mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak secara sama rata dengan seluruh wilayah kerajaan persekutuan.


"Jadi istimewanya KEADILAN adalah parti yang mengangkat autonomi Sabah dan Sarawak.


"Sebab itu, saya menyeru pada 26 September ini, tidak perlu berfikir ke kiri, ke kanan, ke sini, ke sana lagi. Berilah mandat kepada KEADILAN bersama Warisan Plus," katanya ketika sambutan Hari Malaysia Ke-57 anjuran KEADILAN.


Pada masa sama, Raymond menegaskan bahawa kedudukan Sabah harus terus dimartabatkan oleh KEADILAN dan Warisan Plus.


"Saya hanya mahu katakan bahawa Sabah sebenarnya satu dari tiga dan bukan satu dari 14 negeri di bumi Malaysia ini.


"Sepatutnya pengagihan dalam semua bentuk ekonomi peluang pekerjaan sumber ada di bumi Malaysia sepatutnya satu dari tiga.


"Apabila semua kota di Semenanjung berkembang pesat, sudah tentu tidak adil bagi Sabah dan Sarawak, sudah tentu juga rakyat dan anak muda inginkan perubahan," katanya.


Dalam pada itu, Raymond turut berpandangan KEADILAN dan Warisan Plus akan dapat meneruskan kemajuan di Sabah.


"Saya merayu supaya rakyat memberikan mandat sekali lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah bimbingan Shafie Apdal bersama Pakatan Harapan kerana satu-satunya Ketua Menteri yang berani beri geran tanah kepada masyarakat Sabah, tidak lain tidak bukan adalah Shafie.


"Saya sebagai wakil calon anak muda dalam parti kerajaan juga merayu dan berharap rakyat tidak termakan pancing matawang dari pihak pembangkang.


"Saya merayu kepada pengundi DUN Sook supaya beri peluang kepada saya, saya akan pastikan dan buktikan yang terbaik untuk anda.


"Kami berharap semua rakan-rakan pada 26 September akan dapat meraikan kemenangan yang begitu besar untuk negeri Sabah," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio