top of page

PRN Sabah: KEADILAN guna lambang sendiri



Spekulasi yang bertiup mendakwa KEADILAN akan menggunakan lambang parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bulan hadapan terjawab hari ini.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu akan menggunakan lambangnya sendiri sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


"Ada cadangan tetapi pihak KEADILAN memutuskan untuk menggunakan lambang KEADILAN," katanya kepada media usai majlis menerima borang kemasukan 600 ahli Bersatu ke dalam parti itu di Port Dickson, tengah hari tadi.


Mengenai isu rundingan kerusi dan berapakah yang akan ditandingi KEADILAN, Anwar berkata hal itu belum diputuskan jumlah atau kedudukannya. Menurut beliau, semua pendapat diambil kira dan KEADILAN akan meletakkan calon terbaik.


"Dalam tradisi kita, memang rundingan diteruskan supaya ada konsensus, pembahagian yang adil.


"KEADILAN akan tentukan calon kita yang berkelayakan dan berwibawa," ujarnya.


Beliau juga mengulas isu kononnya 6 wakil rakyat AMANAH akan melompat ke dalam Bersatu.


Menyifatkan berita itu hanya mainan pihak musuh, Anwar menegaskan kerajaan Perikatan Nasional lebih lemah berbanding Pakatan Harapan (PH). Tiada sebab Ahli Parlimen PH perlu merobah sokongan.


"Itu hanya strategi untuk melemahkan pembangkang. Realitinya kita sekarang ada kerajaan (PN) yang rapuh, tidak sustainable selepas semua usaha untuk menaikkan jumlah menteri, GLC, apa sahaja di dalam kerajaan, termasuk ugutan dan dakwaan (terpilih ke atas pembangkang) mereka tidak boleh melampaui (angka) 50:50.


"Ini bukan petanda yang baik kepada kerajaan (PN)," katanya lagi.


Dalam beberapa hari kebelakangan ini, tersebar khabar angin menyebut pemimpin utama AMANAH akan berhijrah untuk menguatkan kedudukan PM Muhyididn Yassin. Namun hal itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin AMANAH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page