top of page

PRN Sabah: KEADILAN diberi 7 kerusi DUN



Majlis pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pagi tadi menyaksikan KEADILAN diberi separuh daripada kerusi yang dinginkan dan diumumkan semalam.


Dalam pengumuman oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal itu, KEADILAN hanya diagihkan 7 kerusi dengan alasan parti itu menang 2 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


KEADILAN bertanding di Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, dan Sook.


Klias dan Sook merupakan kerusi yang diberikan kepada KEADILAN, sementara lima kerusi selebihnya pernah ditandingi pada PRU 2018.


Sepanjang ucapannya hampir sejam, Shafie menekankan mood rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan. Oleh yang demikian parti Warisan akan bertanding di 54 kerusi manakala UPKO 14 kerusi.


Parti-parti dari Semenanjung mendapat kerusi yang lebih kecil. DAP diagihkan 7 kerusi dan AMANAH 1 kerusi.


DAP dan AMANAH bersetuju untuk menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini. Sementara KEADILAN dan UPKO akan menggunakan logo masing-masing.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page