PRN Sabah ke-17: Rundingan kerusi PH-GRS di peringkat akhir
- Suara Keadilan

- Oct 23, 2025
- 1 min read

Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 kini berada di peringkat akhir.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) pula telahpun dimuktamadkan sepenuhnya.
"Minggu lepas saya berada di Kota Kinabalu untuk perbincangan lanjut. Saya boleh sahkan rundingan PH-BN telah selesai dan proses rundingan PH-GRS kini di fasa hujung.
"Biasalah, rundingan berjalan lancar dan melibatkan beberapa pusingan bagi memastikan semua pihak mendapat persefahaman terbaik dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya dipetik.
Saifuddin ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 di Putrajaya pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November sebagai tarikh penamaan calon, 25 November bagi pengundian awal dan 29 November sebagai hari pengundian.
Mengulas kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, Saifuddin menyifatkan andaian itu terlalu awal dan menegaskan tumpuan kini adalah memastikan kesepaduan jentera Kerajaan Perpaduan menghadapi PRN dengan kekuatan bersama.









Comments