top of page

PRN Sabah: Jentera pilihanraya DUN Sebatik dilancarkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15
  • 1 min read
DS Amirudin melancarkan jentera Pilihan Raya DUN N73 Sebatik menjelang PRN ke 17 Sabah
DS Amirudin melancarkan jentera Pilihan Raya DUN N73 Sebatik menjelang PRN ke 17 Sabah

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN terus memperkukuh jentera parti itu sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.


Komitmen itu dibuktikan menerusi perasmian Bilik Gerakan Utama (BGU) serta pelancaran jentera Pilihan Raya DUN N73 Sebatik oleh Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.


Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Menteri Besar Selangor itu memuji kawasan tersebut yang disifatkan unik dengan kepelbagaian budaya serta masyarakat majmuk, khususnya etnik Tidung dan Bajau yang mendiami Felda Gugusan Umas.


"DUN Sebatik, sebuah kawasan yang unik dengan masyarakat majmuk dan berbudaya. Masyarakat di sini membawa bersama tradisi dan keunikan budaya yang menjadi identiti mereka," katanya.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 November ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, seterusnya memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.


Mengulas lanjut pelancaran jentera itu beliau optimis ia mampu menjadi benteng kekuatan KEADILAN dalam membawa suara rakyat dan memperjuangkan agenda pembangunan di kawasan ini.


Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor sementara itu menegaskan, isu-isu membelenggu rakyat Sabah seperti infrastruktur, peluang ekonomi, pendidikan dan kemudahan asas hanya mampu diselesaikan menerusi kerjasama erat bersama Kerajaan Perpaduan yang stabil dan berpaksikan kepentingan rakyat.


"Apabila tiba waktunya, buatlah pilihan yang tepat. Pilihlah kestabilan, pilihlah masa depan yang lebih baik, demi Sabah yang lebih makmur, adil dan sejahtera untuk semua," ujarnya menerusi hantaran itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page