top of page

PRN Sabah: Christina Liew lawan 8 calon di DUN Api-Api


Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Christina Liew berdepan tentangan sengit apabila seramai 8 calon lain mengemukakan borang pencalonan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.


Ini berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan pertembungan empat penjuru di kerusi tersebut.


Christina selaku calon KEADILAN bersama 8 calon lain tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Api-Api di Dewan Wisma Wanita sekitar pukul 8 pagi.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah itu juga akan bertanding buat kali keempat di DUN Api-Api, selepas kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.


Beliau akan sekali lagi menentang Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Yee Moh Chai yang sudah bertanding di DUN Api-Api sejak 1999.


Berbanding Christina dan Yee Moh Chai, calon lain seperti LDP, PPRS, PCS, Gagasan dan tiga calon Bebas tidak pernah bertanding di DUN Api-Api.


DUN Api Api mempunyai 19,149 orang pengundi berdaftar.


Senarai calon bertanding kerusi DUN Api-Api


Christina Liew KEADILAN

Yee Moh Chai Parti Bersatu Sabah (PBS)

Chin Su Pin Parti Liberal Demokratik (LDP)

Lo Yau Foh Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)

Pang Yuk Ming Parti Cinta Sabah (PCS)

Chong Tze Kiun Parti Gagasan Rakyat Sabah (Parti Gagasan)

Marcel Jude Bebas

Ng Chung Hwa Bebas

Sim See Hong Bebas



Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page