PRN Sabah: Benarkan rakyat Sabah yang dikuarantin guna undi pos


Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang dihadapi 270 pegawai dan anggota polis di Sabah apabila tidak dapat mengundi awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana masih dikuarantin.


Mereka berpandangan setiap rakyat mempunyai hak untuk mengundi, meskipun dikuarantin atas faktor keselamatan dan kesihatan.


"Hak mengundi adalah hak untuk semua warganegara Malaysia.


"Kami ingin menyaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan rakyat Sabah yang dikuarantin COVID-19 juga dapat membuang undi pada 26 September," kata tujuh calon KEADILAN dalam kenyataan.


Calon-calon KEADILAN juga bersepakat mencadangkan supaya SPR membenarkan rakyat yang dikuarantin menggunakan cara undi pos pada hari mengundi.


"Rakyat Sabah harus yakin terhadap sikap professionalisme SPR dan KKM akan dapat memastikan proses mengundi itu dapat dijalani dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.


Kepada rakyat Sabah yang bakal mengundi pada 26 September, kami menyeru mereka agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan, supaya proses berjalan dengan lancar dan kesihatan awam terjamin," katanya.


Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh calon DUN Api-Api, Christina Liew, calon DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud, calon DUN Inanam, Peto Galim, calon DUN Klias, Abdul Rahman Yakub, calon DUN Sook, Raymond Ahuar, calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil dan calon DUN Matunggong, Sazalye Donol Abdullah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER