PRN Sabah: Bekas KSU sedia jadi jambatan penghubung Merotai–Putrajaya
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Ruji Ubi menyatakan kesediaannya menjadi jambatan penghubung antara Merotai dan Putrajaya bagi memastikan rakyat menikmati manfaat secara langsung daripada dasar serta peruntukan kerajaan Persekutuan.
Beliau yang disebut-sebut bakal dicalonkan untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 di DUN Merotai berkata, sudah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
"Rakyat Merotai perlu bersama kerajaan demi pembangunan kawasan dan kesejahteraan rakyat," katanya pada program ramah mesra bersama komuniti di Tawau yang turut dihadiri Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas mengenai spekulasi kononnya beliau antara calon utama untuk jawatan penting di peringkat negeri, Ruji menegaskan tumpuannya kini adalah memastikan kemenangan di Merotai terlebih dahulu.
Beliau turut menegaskan fokus untuk memastikan kemenangan calon kerajaan perpaduan di DUN Merotai bagi membolehkan pelaksanaan projek dan peruntukan pembangunan diluluskan diterjemahkan dengan lebih berkesan di peringkat negeri.
"Dengan pengalaman saya sebagai KSU di tiga kementerian dan Ketua Pengarah di satu agensi, saya yakin mampu membantu mempercepat pelaksanaan projek yang diluluskan oleh Perdana Menteri untuk tahun hadapan," katanya.









This post is truly brilliant. The way you’ve structured the information makes it incredibly easy to follow, even for someone who is relatively new to the topic. CNNSLOT