top of page

PRN Sabah: AMK tumpu kempen menangkan calon anak muda



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menyaksikan persaingan sengit antara calon-calon Perikatan Nasional dan gabungan Pakatan Harapan (PH), Warisan serta UPKO.


Dalam menghadapi PRN, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menumpukan gerak kerja di DUN-DUN terpilih untuk memenangkan calon-calon anak muda dari PH.


Menurut Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab, kempen di Sabah akan bertumpu kepada isu mengembalikan hak-hak rakyat dan kerajaan yang mampu mengurus-tadbir negeri lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini.


"AMK berpendirian pilihan yang telah dibuat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu perlu dihormati. Justeru kepimpinan Kerajaan Negeri perlu dikembalikan kepada gabungan Warisan, UPKO dan PH.


"Apakah rakyat Sabah ingin menyerah kembali Sabah kepada BN yang ternyata tidak mampu memperjuangkan hak-hak rakyat biarpun telah diberi peluang begitu lama mentadbir? Apakah rakyat mahu memilih kembali BN yang kepimpinannya terpalit dengan tuduhan salah laku malah sudah ada yang telah disabitkan bersalah?


"AMK percaya rakyat Sabah cukup matang memilih kepimpinan yang benar-benar mahu melakukan perubahan. Ini juga masa untuk rakyat Sabah menghukum politikus rakus berpolitik dalam keadaan negara sedang diancam wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Syukri lagi, AMK akan melaksanakan dengan sebaik-baiknya tanggungjawab yang telah diamanahkan, iaitu berkempen di DUN Sook bermula pada 5 September ini.


"AMK dipimpin YB Akmal Nasir telah ditugaskan oleh KEADILAN untuk memberi tumpuan di N.37 Sook. Bermula 5 September ini, AMK akan mula menggerakkan kerja-kerja kempen dan penerangan di DUN berkenaan.


"Oleh itu seluruh anggota AMK diminta bersama-sama turun ke Sabah khususnya DUN Sook bagi membantu jentera pilihan raya. Kemenangan semula Warisan, UPKO dan PH kelak bakal menjadi penanda aras betapa rakyat Sabah menolak sikap berpolitik keterlaluan sehingga mengancam kestabilan negeri," katanya lagi.


Selain itu, Syukri berharap agar pihak-pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM dapat memastikan PRN Sabah benar-benar berlangsung dalam keadaan adil dan bebas daripada sebarang unsur rasuah serta penipuan.


SPR juga, katanya wajar memastikan proses pengundian bakal mematuhi SOP pencegahan wabak seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page