top of page

PRN Sabah: 24,426 polis, tentera mengundi awal esok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 24
  • 1 min read

ree

Kehangatan kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 (PRN-17) kian terasa apabila sejumlah 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.


Daripada jumlah itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.


Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula pada 8 pagi, sebelum ditutup secara berperingkat.


Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota Kinabalu, ibu pejabat polis daerah-daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri.


Kertas pengundian awal akan dikira semasa hari pengundian pada 29 November ini.


Selepas proses pengundian awal esok, seluruh jentera parti dan calon serta pemilih berdaftar bakal bertumpu kepada hari pengundian pada Sabtu ini.


PRN-17 Sabah menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya merupakan calon Bebas.


Dalam pada itu sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 22,881 kertas undi pos kepada semua yang layak untuk mengundi sebagai pengundi pos.


Pengeluaran kertas undi pos pada 17-18 November lalu dijalankan oleh petugas undi pos di semua 73 Bahagian Pilihan Raya Negeri.


Kesemua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362 kertas undi pos bagi kategori 1A (Petugas Pilihan Raya,

Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media).


Sebanyak 336 kertas undi pos bagi kategori 1B (warga Malaysia yang tinggal di luar negara) dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (Agensi/Organisasi).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page