top of page

PRN referendum untuk angkat perubahan lebih besar - Adam Adli



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim menyeru agar rakyat Selangor keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini dan memilih Kerajaan Perpaduan sebagai satu referadum 'bersetuju' untuk melakukan perubahan yang lebih besar.


Katanya, pungutan suara itu nanti juga akan memberitahu pemimpin PN bahawa mereka ditolak lantaran rekod buruk mentadbir negara sepanjang 3 tahun lalu terutama pada waktu pandemik Covid 19.


"Jangan biarkan perubahan yang berlaku ini terbantut dengan kita membenarkan PN yang mahu jadi kerajaan menang. Tak boleh.


"Kita pernah hantar Datuk Seri Amirudin Shari untuk tewaskan Azmin di Gombak, kita juga boleh pastikan beliau terkubur sekali lagi di negeri Selangor kali ini.


"Kita kena tahu dalam PRN kali ini bukan sahaja Selangor, malah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sebilan, ini adalah satu manifestasi politik yang perlu kita fahami dan dalami maksudnya betul betul.


"Ini adalah satu referandum untuk kita buktikan negara ini telah bersedia untuk perubahan jauh lebih besar," katanya ceramah di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, malam tadi..


Dalam ceramah itu juga, Adam menasihatkan jentera PH yang akan mula berkempen tidak lama lagi bahawa mereka perlu bergerak sederap bersama jentera BN biar pun beberapa bulan lalu kedua dua pakatan politik itu masih dalam keadaan bermusuhan


"Jentera PH yang turun di lapangan nanti harus ingat tanggungjawab ini. Tanggungjawab yang kita galas bersama. Ini adalah satu misi besar untuk kita pastikan rakyat dari Selangor sampai ke Perlis, Sabah dan Sarawak harus kita bela," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga mengingatkan misi sepanjang waktu jentera PH ialah untuk menyampaikan fakta benar kepada rakyat yang kini sedang dikelirukan oleh PN pada setiap hari.


"Tugas kita untuk sampaikan kebenaan, fakta. Dari utara sampai ke selatan kita sampaikan perkara betul. Kita kena beritahu kepada pengundi, ini adalah negara yang sedang kita bangunkan bersama sama.


"Kita nak maju macam mana kalau ada orang seperti PN. Jangankan jadi kerajaan, jadi pembangkang pun merosakkan negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page