top of page

PRN: Rakyat selesa kerajaan PH Selangor, lipatganda usaha penerangan



Keselesaan hidup rakyat Selangor di banyak kawasan memasuki tempoh 3 penggal pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu perlu dijadikan modal utama kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini.


Ketua Cabang Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam berkata, untuk itu KEADILAN sedang melipatgandakan usaha penerangan agar pengundi faham untuk keluar beramai ramai dalam PRN biar pun tidak mengubah apa apa di peringkat Persekutuan.


Dalam masa sama, beliau juga berharap pemainan emosi dan sentimen yang digerakkan pembangkang memburuk burukkan Kerajaan Negeri tidak memberi kesan besar kepada minda pengundi.


"Sentimen yang saya rasa dimainkan oleh pembangkang (adu domba perkauman) tidak membawa apa apa kesan kepada kita. Khususnya di Kuala Selangor, kita sedang menggiatkan program program untuk menerangkan dasar dasar kerajaan supaya kita dapat membawa aspirasi dan agenda Malaysia Madani kepada selurh warga Kuala Selangor.


"Baru baru ini kita membuka kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah. Pendaftaran itu luar biasa. Masyarakat di sini sudah mula merasakan perubahan tersebut (polisi baharu kerajaan). Rata rata yang kita jumpa juga menyatakan mereka mahu mengekalkan kerajaan Selangor yang sedia ada, pimpinan MB Amiruddin Shari dan KEADILAN," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagi Thiban, pengundi di Selangor turut perlu disedarkan betapa pentingnya Kerajaan Negeri dan pusat dalam gabungan yang sama, iaitu Kerajaan Perpaduan.


Selangor antara negeri pertama menerima bantuan Rahmah, mendandakan hubungan baik negeri - Persekutuan

Masalah yang mereka hadapi selama ini, katanya, seperti naiktaraf jalan, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya akan sangat mudah diatasi apabila Kerajaan Negeri dan pusat dalam gabungan sama, berbanding parti lain menerajui negeri.


"Bila ada perubahan peringkat pusat itu akan membantu melaksanakan beberapa agenda yang tergendala sebelum ini. Khusus di Kuala Selangor, seperti masalah menguruskan klinik kesihatan, hospital, pengangkutan bas awam, jalan teruk dan sebagainya. Maka masalah ini dapat diurus dengan baik bila ada kerajaan yang prihatin di peringat pusat dan negeri.


"Saya rasa kali ini pengundi Selangor akan keluar beramai ramai untuk memastikan kita kekalkan pemerintahan di bawah KEADILAN dan PH," katanya lagi.


Thiban berazam KEADILAN Kuala Selangor akan mengiatkan penerangan berkenaan agenda Kerajaan Negeri dan kerajaan Malaysia Madani untuk dipastikan sampai ke akar umbi.


0 comments

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page