top of page

PRN: Rakyat Sabah mahu lebih banyak peluang pekerjaan - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26
  • 2 min read

Peluang pekerjaan lebih baik merupakan isu anak muda di Sabah yang perlu diselesaikan
Peluang pekerjaan lebih baik merupakan isu anak muda di Sabah yang perlu diselesaikan

Oleh: Akmal Manaf


Rakyat Sabah mahukan kepimpinan yang bukan sekadar menabur harapan, sebaliknya benar-benar mampu melunaskan janji, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya keperluan hala tuju baharu bagi negeri berkenaan.


Nurul kini berada di Negeri di Bawah Bayu bagi merasmikan Bilik Gerakan Utama dan Jentera KEADILAN Sabah melibatkan sekurang-kurangnya lapan kerusi tumpuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.


Dalam wawancara bersama Noraini Nordin di Kota Kinabalu, Nurul Izzah berkata, penduduk tempatan dan masyarakat merasai sendiri betapa istimewanya negeri itu yang boleh menyediakan lebih banyak peluang kepada penduduknya.


Oleh itu ujar Nurul, tiba masanya rakyat Sabah menyedari bahawa mereka tidak boleh lagi mengambil mudah keadaan yang mana selepas tamat pengajian di kolej dan universiti, mereka terpaksa mencari pekerjaan di Semenanjung kerana kurangnya peluang di negeri di bawah bayu.


''Cukup-cukuplah macam tangkap muat (isu pekerjaan) mereka nak perancangan yang diselesaikan. Ini berlaku di bawah kepimpinan banyak parti di Sabah kerana semua pernah menjadi kerajaan.


''Tinggal lagi what is the extras special pledge yang diberikan untuk meyakinkan mereka bahawa kali ini benar-benar serius? Bahawa kita betul-betul mahu memastikan tanggungjawab dan amanah sebesar ini tidak diambil mudah,'' katanya secara eksklusif kepada Suara Keadilan ketika ditemui.


Ditanya mengenai tahap kepuasan terhadap persiapan yang disediakan KEADILAN bagi menghadapi pertempuran di gelanggang politik nanti, Nurul menyifatkan usaha tersebut perlu dilipatgandakan, termasuk dengan memperluaskan pengedaran bahan-bahan kempen bagi memenangi hati pengundi.


''Mungkin ada ceruk-ceruk yang kita belum sempat selesaikan sepenuhnya, jadi memang kena 'all out' dalam usaha ini.


''Dalam hidup begitulah. Saya rasa kita belum mencapai tahap maksima lagi, namun saya hargai usaha-usaha yang dilakukan dan insyaAllah, masih ada harapan yang ingin saya tunjukkan,'' ujarnya lagi.

1 Comment


masjidklang
Aug 27

Ikan diSabah murah berbanding dgn diSemenanjung. Pasartani Rahmah utk ikan-ikan yg murah . Jgn biarkn pasar ikan kita dikelolakan oleh Rohingya. Kerjasama dgn Sabahan utk projek ini sama seperti konsep Kedai Runcit Aceh.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page