PRN: PM di Sabah perkuat momentum sokongan kepada KEADILAN
- Suara Keadilan
- 3 minutes ago
- 2 min read

Oleh: Noraini Nordin
Malam ini akan berlangsung majlis pengumuman calon-calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 29 November depan.
Majlis akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), jam 9.00 malam dan akan disempurnakan oleh Presiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yang menariknya, sehari sebelum pengumuman itu diadakan, Anwar sudah pun berada di Sabah. Beliau tiba di Sabah pada Sabtu malam.
Sampaikan amanat presiden
Dan hari ini, Anwar mempunyai jadual yang padat yang menghadiri beberapa program utama di sekitar Kota Kinabalu bermula sejak pagi lagi.
Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada jam 9 pagi.
Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan Madani Sabah yang diadakan di SICC pada jam 10 pagi.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada jam 4 petang.
Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon KEADILAN bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam.
Suntik semangat kepada pejuang parti
Kehadiran Perdana Menteri seharian suntuk hari ini sebelum majlis pengumuman calon pada sebelah malam diyakini mampu menyuntik semangat kepada pejuang-pejuang parti, selain mencetuskan gelombang tarikan kepada rakyat untuk memberi sokongan kepada calon-calon KEADILAN khususnya serta parti-parti yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan amnya.
Esok pula, Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau dan beberapa acara turut diatur untuk beliau bertemu rakyat.





