top of page

PRN: PH mesti menang bergaya, kerjasama Persekutuan-negeri mantap - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 31 minutes ago
  • 2 min read

DS Anwar menyeru agar PH menang bergaya 20 kerusi dipertanding bagi memastikan pembelaan rakyat Sabah
DS Anwar menyeru agar PH menang bergaya 20 kerusi dipertanding bagi memastikan pembelaan rakyat Sabah

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyeru Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 29 November ini, susulan keadaan politik negara yang kini disifatkan stabil dan semakin kukuh.


Beliau berkata, ringgit kini mencatatkan perkembangan positif apabila menjadi mata wang paling kukuh di Asia dari segi kadar pengukuhan tahunan.


"Kalau (ringgit) lemah, saya diserang saya mati-matian. Bila (ringgit) kuat, didiamkan.. membisu.. lidah kelu tidak berkata.


"Angka-angka ekonomi yang lain (juga positif). Kita bahas ikut maklumat," katanya sambil disusuli tepukan gemuruh ketika Majlis Pengumuman Calon KEADILAN PRN17 di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu malam tadi.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut mengingatkan agar kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mesti kuat untuk menjaga rakyat.


Beliau menyifatkan, PRN di Negeri Bawah Bayu itu adalah demi ‘rakyat Sabah’ dan oleh itu PH mesti menang sepenuhnya agar menjadi benteng terkuat kepada masyarakat.


Ujarnya, sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan mesti tunduk kepada prinsip tadbir urus yang baik dan memastikan setiap dana digunakan sepenuhnya untuk membela nasib rakyat.

Bendera PH berkibar tanda semangat kental untuk kemenangan logo HARAPAN pada 29 November
Bendera PH berkibar tanda semangat kental untuk kemenangan logo HARAPAN pada 29 November

"Sebab itu politik ini stabil dan kerjasama Persekutuan dan negeri mesti kuat dan mantap untuk jaga rakyat.


"Pilihanraya ini untuk anak anak di Sabah, saudara saudari di Sabah saya minta... PH mesti menang sepenuhnya bergaya supaya kita jadi benteng terkuat.


"Sesiapa sahaja yang mahu kerjasama dengan kita mesti tunduk kepada syarat tatakelola yang baik, hentikan amalan rasuah dan gunakan dana untuk membela nasib rakyat sepenuhnya," kata beliau.


Dalam majlis itu, Anwar turut mengumumkan bahawa PH akan menggunakan lambang HARAPAN bagi menghadapi saingan pada pilihanraya kali ini.


"Maka dengan ini saya nak umumkan, ingat kita guna Pakatan Harapan dengan lambang HARAPAN.


"Dalam KEADILAN, DAP, AMANAH kita berpakat guna lambang HARAPAN.


"Mesti hafal, boleh?" tanyanya sambil disambut sorakan dari hadirin sebelum beliau mengumumkan 10 calon dari KEADILAN yang menggalas cabaran PRN ke 17 Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page