top of page

PRN: PH - BN DUN Labu kerjasama baik, tingkat peluang menang


Oleh: Abdullah Zaid


Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Labu, Datuk Ismail Ahmad berharap keserasian akar umbi PH - BN di kawasan itu dapat diterjemahkan pada hari mengundi 12 Ogos ini.


Menurut beliau, kekuatan yang ada pada gabungan blok kerajaan itu mampu memberi manfaat besar buat Negeri Sembilan dalam mengekalkan kerusi yang dipertahankan.


"Kalau ikutkan kerjasama PH - BN sepanjang kempen ini amat baik sekali sebelum dan semasa kita berkempen.


"Ia menunjukkan peluang untuk menang lebih tinggi kerana sokongan blok penyokong BN beralih kepada kita.


"Oleh itu saya berharap seluruh kekuatan kita (PH - BN) dizahirkan lagi pada hari mengundi demi memastikan DUN Labu dan Negeri Sembilan dimenangi oleh calon PH - BN," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai kerjasama PH - BN sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.


Akar umbi PH - BN diharap beri kemenangan bergaya pada 12 Ogos

Pada masa yang sama, bagi menyelusuri kemenangan, penyandang DUN Labu itu juga menekankan rekod khidmat sebagai wakil rakyat adalah bukti pencapaiannya untuk menambat hati pengundi di kerusi tersebut.


"Sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai ADUN Labu, banyak usaha dan program telah saya laksanakan serta hampir setiap kawasan di dalam DUN Labu telah saya lawati.


"InshaAllah, saya punya keyakinan, rakyat di DUN Labu mampu menilai perkara itu," ujarnya lagi.


Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Ismail yang bertanding atas tiket PH menang mendapat 6,712 undi dengan majoriti 882 undi.


Bagi PRN kali ini, Ismail yang juga penyandang bagi DUN Labu berdepan calon Bersatu Mohamad Hanifah Abu Baker (PN) bagi mempertahankan kerusi tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page