top of page

PRN: PH-BN berpotensi menang besar di negeri dipertahankan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 11, 2023
  • 1 min read


Peluang untuk Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini dilihat lebih besar.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil dipetik BH online berkata, gabungan dua blok politik itu hanya memerlukan sekitar 75 peratus undi untuk meraih kejayaan itu.


Melihat undi UMNO-BN yang akan menjadi penentu kemenangan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, beliau berkata Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat gabungan itu pada PRN kali ini.


"Kekuatan PH juga di kawasan bandar dan semi bandar di Selangor. Manakala PN perlu bekerja keras untuk dapat sokongan di kawasan pengundi majoriti Melayu begitu juga di Negeri Sembilan," katanya.


Jamaie turut berkata, PN ketika ini dilihat bergantung kepada undi protes dari ahli UMNO seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini.


Bagaimanapun kempen bersih atau bebas rasuah yang dijadikan modal kempen PN menurut beliau gagal meyakinkan pengundi protes UMNO.


"Ini menjadi satu faktor peralihan undi boleh berlaku dengan lancar kepada PH-BN.


"Jika 25 peratus masih protes kepada UMNO-BN maka akan berlaku persaingan sengit antara PH-BN dengan Perikatan Nasional," katanya dipetik laporan itu.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page