top of page

PRN Negeri Sembilan: Rajasekaran gesa pengundi keluar awal

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 day ago
  • 1 min read
Datuk Dr Rajasekaran menbgundi di Sekolah Kebangsaan Port Dickson
Datuk Dr Rajasekaran menbgundi di Sekolah Kebangsaan Port Dickson

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Sri Tanjung, Dr Rajasekaran Gunnasekaran menggesa pengundi Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab mengundi lebih awal susulan keadaan cuaca yang di ramal tidak begitu baik.


Beliau berkata, proses pengundian setakat ini berjalan lancar dan berharap rakyat menggunakan peluang yang ada untuk keluar mengundi.


"Proses pengundian berjalan dengan lancar, kita harap rakyat Negeri Sembilan akan menjalankan tanggungjawab," katanya kepada pemberita seusai mengundi di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.


Dalam pada itu, beliau menggalakkan pengundi keluar awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


Rajasekaran menjelaskan, sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pukul 11 pagi, beliau turut melawat enam kawasan tempat mengundi.


"Saya lawat enam kawasan tempat mengundi baru saya mengundi."


Beliau juga berharap keputusan PRN Negeri Sembilan kali ini akan memihak kepada PH.


"Saya harap (keputusan) akan memihak kepada kita (PH)," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page