top of page

PRN N Sembilan: Dulu Umno takutkan Melayu, sekarang Pas, bila nak maju?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 day ago
  • 2 min read

Politik ketakutan perlu dihentikan kerana pilihanraya bukan pentas untuk menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya medan menilai siapa benar-benar layak memimpin negara dan Negeri Sembilan ke arah masa depan yang lebih baik, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).


Naib Presiden AMANAH itu menegaskan, politik ketakutan perlu digantikan dengan politik yang berteraskan keyakinan, perpaduan, integriti dan penyelesaian.


Ujarnya, negara ini terlalu berharga untuk terus dipimpin oleh rasa takut dan apabila rakyat sibuk dengan politik ketakutan, maka mereka tidak lagi sibuk untuk menilai dan membuat pertimbangan sewajarnya.


Mahfuz berkata, sudah terlalu lama rakyat Malaysia dijadikan mangsa politik ketakutan dan setiap kali tiba musim pilihanraya, akan muncul 'musuh baharu'.


"Musuh itu berubah mengikut musim politik, tetapi cara yang digunakan tetap sama. Takutkan rakyat supaya mereka mengundi kerana bimbang, bukan kerana yakin.


"Dulu Pas takutkan orang Melayu-Islam dengan menyatakan sokong UMNO jadi kafir masuk neraka.


"Kemudian orang Melayu ditakutkan dengan Pas. UMNO yang sewaktu mereka berkuasa yang meluluskan penubuhan dan pendaftaran DAP menuduh Pas barua DAP.


"Kemudian orang Melayu ditakutkan dengan UMNO. Pas-PN tuduh UMNO yang berada dalam kerajaan MADANI sebagai UMDAP. Hari ini pula rakyat ditakutkan oleh UMPas dengan PH kerana ada DAP," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Mahfuz mengibaratkan politik ketakutan umpama seseorang yang sengaja menutup cermin depan kereta agar penumpang hanya melihat cermin sisi.


Beliau menyifatkan situasi itu secara tidak langsung akan membuatkan semua orang hilang arah untuk dituju kerana terlalu sibuk melihat apa yang kononnya mengejar di belakang.


"Politik ketakutan ialah racun demokrasi. Politik ketakutan mempunyai satu tujuan (iaitu) supaya rakyat tidak sempat bertanya.


"Politik yang baik menyatukan rakyat. Politik yang lemah menakutkan rakyat.


"Pemimpin yang yakin menawarkan (jalan) penyelesaian manakala pemimpin yang ketandusan idea menjual ketakutan," katanya lagi.


Untuk rekod, BN dan PN mengulang naratif 'Melayu terancam' di Negeri Sembilan. Cara kempen itu jelas menipu rakyat kerana sebelum ini BN berada dalam Kerajaan Negeri selama 3 tahun (2023 - 2026) dan mempunyai 'saham' mengancam Melayu sekiranya benar Kerajaan Perpaduan menindas kaum itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page