PRN N Sembilan: 59.03 peratus keluar menbgundi setakat jam 3 petang
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Sebanyak 507,536 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat jam 3.00 petang ini, bersamaan 59.03 peratus kadar keluar mengundi.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 65.5 peratus.
Ia diikuti DUN Seri Menanti dengan 64.6 peratus, manakala DUN Chennah mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 64.5 peratus.
Sementara itu, tiga kawasan DUN yang merekodkan peratusan keluar mengundi terendah setakat jam 3.00 petang ialah Lukut (52.9 peratus), Mambau (52.8 peratus) dan Lobak (51.3 peratus).
SPR dijangka akan terus mengemas kini peratusan keluar mengundi sehingga proses pengundian tamat pada petang ini.




Comments