top of page

PRN: Mood bukan Melayu lebih kepada Kerajaan Perpaduan - Prof Azizuddin



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini, terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia, mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan.


Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.


Menurut Dr Azizuddin, dalam tinjauan yang beliau lakukan pengundi bukan Melayu lebih cenderung kepada membincangkan dasar atau polisi berbanding isu isu sensasi seperti isu perkauman sebagaimana dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) ketika ini.


"Secara umumnya parti bertanding kemukakan dasar terbaik untuk rakyat 6 negeri.


"Saya melihat di Kedah dan di Pulau Pinang, apa yang saya nampak rakyat masih lagi membicarakan isu ekonomi, keperluan hidup, pekerjaan dan sebagainya


"Anak muda pun ada pertambahan undi 18, dan mereka ini banyak di universiti, mahukan bantuan kerajaan untuk ringankan beban sebagai pelajar.


"Manakala dari segi mood yang bukan Melayu (secara khusus) saya rasa mereka rasional melihat apa yang berlaku, dan kalau saya tengok trend sokongan, saya rasa lebih menyokong kepada PH dan BN," katanya dalam forum atas talian terbitan Sumberkini bertajuk "PRN: 'Mood' Pengundi Bukan Melayu", malam tadi.


Dr Azizuddin turut mendedahkan penemuan agak mengejutkan apabila mendapati BN kembali mendapat tempat di hati orang Melayu biar pun sebelum ini, kira kira 7 bulan lalu, mereka menolak BN secara besar besaran di peti undi


"BN sebelum ini ditolak orang Melayu, kini dilihat boleh diterima melalui dasar Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan itu juga mungkin diterima di peringkat negeri (PRN)," katanya.


Bagaimanapun, beliau risau mengenai isu kaum, agama dan raja (3R) yang dimainkan oleh Perikatan Nasional.


Katanya isu berkenaan tidak seharusnya menjadi bahan utama kempen dan membongsaikan minda Melayu, namun berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, jelas beliau, isu berkenaan amat diminati Melayu.


"Saya risau orang Melayu termakan isu ini kerana sebelum ini mereka terpengaruh dengan isu itu menyebabkan mereka menyokong parti memainkan isu tersebut.


"Gelombang hijau ketika ini semakin reda tetapi timbul pula isu Islamophobia. Saya tidak nampak apa isu Islamophobia di Malaysia.


"Jadi dalam konteks ini saya mengharapkan rakyat bijak dan harus menyoal semula (maklumat yang disogokkan) kerana kempen yang berlaku nanti bukan sahaja di media sosial tetapi rumah ke rumah.


"Di Kedah, kawasan luar bandar, rumah ke rumah masih sangat efektif memenangi hati dan jiwa. Kempen inilah nanti, elemen 3R digunakan dan ia sukar untuk dikawal," katanya.


Mengenai isu Malaysia Madani dan pemulihan ekonomi pula, Dr Azizuddin berkata meskipun istilah Madani itu agak sukar difahami namun elemen Madani boleh difahami rakyat.


"Kita dah nampak elemen Madani ini cuba diterapkan dalam pentadbiran. Fokusnya Anwar basmi kemiskinan dan membanteras rasuah. Ekonomi pula dia nak bawa banyak lagi pelaburan dan kemiskinan tegar dihapuskan.


"(Secara perbandingan, rakyat melihat) ekonomi sudah bertambah baik walau tidak pulih sepenuhnya. Kadar pertumbuhan 5.6% suku pertama 2023, inflasi 2.8% lebih rendah dari negara lain. Cuma yang masalah isu ringgit sebab OPR di AS yang mengukuh tetapi di negara lain pun perkara itu berlaku.


"Bagi saya kalau Kerajaan Perpaduan ini tidak diganggu gugat dan memerintah selama 5 tahun, maka banyak kesan positif kepada ekonomi akan dapat dilihat," katanya lagi.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page