PRN Melaka: Tiada faedah Umno guna SD halang lompat parti



Tindakan Umno mensyaratkan calon-calon BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangani Akuan Berkanun (SD) agar tidak melompat selepas menang disindir oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.


Menurut pemimpin utama DAP Negeri Sembilan itu, tindakan yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan berkesan kerana banyak Ahli Parlimen dan ADUN dari parti pembangkang sebelum ini melompat menyertai kerajaan, atau ADUN kerajaan menukar sokongan sejak 2 tahun lalu, biar pun telah menandatangani SD.


"Tok Mat, SD tu tak boleh pakai untuk menghalang wakil rakyat lompat parti.


"Yang hanya boleh dikuatkuasakan ialah Akta Anti Lompat Parti yang diiluluskan di Parlimen selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan," kata Loke.


Semalam, Mohamad mengumumkan pasukan peguam BN membuat persiapan majlis menandatangani SD bagi kesemua calon-calon BN agar mereka setia selepas memenangani PRN kelak.


Bagaimanapun, Loke menyindir Mohamad yang pada suatu ketika pernah menerima katak politik semasa penggal pertama beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu bekas ADUN Bahau yang menang atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 dan melompat ke BN pada 2007.


"Selepas ini, saya harap semua parti sama-sama menyokong penggubalan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen.


"Biarlah politik ini ada maruah sikit," kata Setiausaha Organisasi DAP itu lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER