PRN : SOP Covid 19 tidak boleh disalahguna, benarkan kempen - Lim Kit Siang



Hujung tahun ini Malaysia akan menyaksikan dua proses Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam keadaan yang amat tidak demokratik dari segi kempen.


Larangan berkempen secara tradisional 'mencacatkan' proses pemilihan apabila rakyat dinafikan maklumat dan tawaran daripada parti pembangkang berbanding kerajaan yang boleh menggunakan media arus perdana dalam menyenaraikan janji politik mereka.


Menurut supremo DAP, Lim Kit Siang, SOP Covid-19 untuk PRN Melaka dan Sarawak tidak boleh disalahguna, sebaliknya ia perlu memastikan terdapatnya keseimbangan di antara mengadakan pilihan raya yang bebas, adil serta bersih di samping mengelakkan penularan wabak Covid-19.


"Tidak ada sebab untuk Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengenakan larangan menyeluruh terhadap proses kempen secara fizikal dengan syarat SOP Covid-19 untuk mengekang penularan dipatuhi sepenuhnya.


"Kita perlu “hidup dengan Covid-19” dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik kepada fasa endemik tetapi perkara ini tidak bermakna SPR boleh mengambil tindakan melampau dengan melaksanakan larangan menyeluruh kepada proses berkempen dan membenarkan sebuah pilihan raya yang tidak telus dan adil untuk berlangsung.


"Perkara ini bertentangan dengan tema “hidup bersama Covid-19” dalam peralihan kepada fasa endemik yang membawa kepada pembukaan semula ekonomi untuk menyelamatkan nyawa dan punca pendapatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, statistik Covid tidak boleh diguankan sebagai hujah tidak perlunya kempen. Katanya, SPR perlu menjadi lebih kreatif dan sebagai pengimbang kepada Kementerian Kesihatan untuk membenarkan kempen yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan kemungkinan jangkitan pandemik.


"Menjadi tanggungjawab SPR memastikan kadar keluar mengundi yang tertinggi dalam PRN Melaka dan Sarawak, sambil memastikan SOP Covid-19 yang ada mengekang penularan wabak. SPR tidak boleh menjadi lebih “KKM” berbanding dengan Kementerian Kesihatan sendiri.


"Janganlah kita mengikuti langkah seperti di Jordan, di mana hanya 29% pengundi keluar mengundi, atau seperti mana di Algeria di mana hanya 30% pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya Parlimen mereka.


"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kesihatan, Sains, dan Inovasi perlu memanggil SPR untuk menjelaskan bagaimana keseimbangan dapat dicapai oleh badan tersebut dalam memastikan terdapatnya pilihan raya yang bersih, adil, dan bebas di Melaka dan Sarawak," katanya lagi


Tegas Kit Siang, pilihan raya dan mengekang penularan wabak Covid-19 tidak mempunyai masalah di negara lain dan sewajarnya Malaysia juga bersikap sedemikian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER